Friday 7 March 2014

Tudung akel bidang 50

Tudung akel bidang 50
material: polyester
lembut dan mudah dibentuk
rm19/pcs exc postage
berminat?
pm/wassap 0195071785
COD area tg malim & upsi










Sunday 16 February 2014

Mabruk Amirah dan suami


Assalamualaikum.

Takdir ketentuan Allah. Akhirnya kawan CS selamat diijabkabulkan dengan putera pilihan hatinya (ehh tak ingat nama apa). Hehehe. Sekalung tahniah buat sahabat dan CS sangat gembira melihat sahabat2 yang sudah mendirikan rumahtangga. Tahniah kerana berjaya dan terpilih oleh Allah untuk mengharungi dugaan dan cabaran dalam mengemudi bahtera rumahtangga. CS yakin, kalian semua merupakan insan2 terpilih oleh Allah, InshaAllah. Masya-Allah, hebatnya takdir Allah. Tak perlu bercinta lama-lama pun, tup-tup Allah hadiahkan jodoh buat kita.

CS kagum dngan insan2 yang tidak bercinta sebelum kahwin. Tak perlu sms dan call. Tak perlu runsing kepala. Indahnya adalah ketika saat melafazkan ijab dan kabul. Subhanallah, macam mana lah rasanya tu. Hehe, mengada2 la pulak kan. Anyway, tahniah sekali lagi buat sahabat2 yang sudah mendirikan rumahtangga. Buat yang bakal mendirikan "masjid" nanti, jom buat persiapan awal. Bukan persiapan majlis perkahwinan, tapi daripada aspek rohani dan mental.


Alam rumahtangga memang takkan lari daripada masalah. Perkahwinan adalah ikatan yang suci dan kita lah yang harus pandai mencorakkannya. Suami dan isteri perlulah mempunyai pegangan agama agar seiap tindakan tidak tersasar daripada landasan dan syariat Islam. Kalau tidak ada pegangan agama, berantakanlah rumah tangga itu nanti. Nauzubillah. So, ayuh tingkatkan iman! Buat persediaan awal dan terima apa sahaja kekurangan pasangan. InshaAllah, kemanisan rumah tangga pasti dapat dirasai. Wallahualam.


Pengantin baru Amirah & Zauj

Sahabat yang hadir

CS dah balik masa ni, tak sempat nak bergambar dengan pengantin after die tukar baju



Sunday 15 September 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi.

I'm new here and this is my first time blogging. Just wanna try something new. :)
Sebelum meneruskan coretan pada hari ini dan seterusnya, In Shaa ALLAH, sahabat sahabiah sekalian boleh lah menggelar diri ini sebagai Cik Shishi atau CS. Ecece, taaruf pulak.

Sebenarnya, entry untuk kali ini masih blum ada pengisiannya. Memandangkan hari ini hari isnin dan esok bersekolah, CS perlu bergegas ke taiping, menyambung tanggungjawab sebagai seorang guru praktikum di sana. Membuat persiapan bagi anak-anak murid tersayang.

Mengimbau kembali kenangan alam persekolahan, rindu rasa nak bersekolah semula. Tapi, rezeki ALLAH itu luas. DIA kurniakan CS nikmat berada di alam persekolahan bukan sebagai seorang pelajar, tetapi sebagai seorang pendidik iaitu guru. Tugas guru itu amatlah mulia.

Dahulu, masa CS di sekolah. CS memang nakal. Tak mahu menyiapkan kerja sekolah, ulangkaji pun ikut mood, main-main dan tidur masa cikgu mengajar. Sekarang, bila dah jadi guru, baru CS tahu apa perasaannya. Sebagai guru, kita memang menginginkanyang terbaik untuk anak-anak murid kita. CS sendiri, berjaga lewat malam demi menyediakan latihan dan nota untuk mereka. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, tapi itulah hakikatnya.

Tugas sebagai seorang guru ini sangatlah berat kerana kita mengawal manusia. Bukan satu orang mahupun dua orang, tetapi hampir ratusan manusia. Jika tidak mampu, pasti kita akan berputus asa. Ingatlah pelajarku sekalian, guru-guru amat menyayangimu. Jadilah manusia berguna supaya kamu boleh menjadi manfaat kepada orang lain pada masa akan datang.

The most important part, cikgu sentiasa doakan kejayaan anak-anak murid cikgu. Ingatlah ALLAH, nescaya ALLAH akan ingat pada kita dan permudahkan segalanya. Amin

Salam sayang, Cik Shishi.