Assalamualaikum.
Takdir ketentuan Allah. Akhirnya kawan CS selamat diijabkabulkan dengan putera pilihan hatinya (ehh tak ingat nama apa). Hehehe. Sekalung tahniah buat sahabat dan CS sangat gembira melihat sahabat2 yang sudah mendirikan rumahtangga. Tahniah kerana berjaya dan terpilih oleh Allah untuk mengharungi dugaan dan cabaran dalam mengemudi bahtera rumahtangga. CS yakin, kalian semua merupakan insan2 terpilih oleh Allah, InshaAllah. Masya-Allah, hebatnya takdir Allah. Tak perlu bercinta lama-lama pun, tup-tup Allah hadiahkan jodoh buat kita.
CS kagum dngan insan2 yang tidak bercinta sebelum kahwin. Tak perlu sms dan call. Tak perlu runsing kepala. Indahnya adalah ketika saat melafazkan ijab dan kabul. Subhanallah, macam mana lah rasanya tu. Hehe, mengada2 la pulak kan. Anyway, tahniah sekali lagi buat sahabat2 yang sudah mendirikan rumahtangga. Buat yang bakal mendirikan "masjid" nanti, jom buat persiapan awal. Bukan persiapan majlis perkahwinan, tapi daripada aspek rohani dan mental.
Pengantin baru Amirah & Zauj |
Sahabat yang hadir |
CS dah balik masa ni, tak sempat nak bergambar dengan pengantin after die tukar baju |