Sunday 15 September 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi.

I'm new here and this is my first time blogging. Just wanna try something new. :)
Sebelum meneruskan coretan pada hari ini dan seterusnya, In Shaa ALLAH, sahabat sahabiah sekalian boleh lah menggelar diri ini sebagai Cik Shishi atau CS. Ecece, taaruf pulak.

Sebenarnya, entry untuk kali ini masih blum ada pengisiannya. Memandangkan hari ini hari isnin dan esok bersekolah, CS perlu bergegas ke taiping, menyambung tanggungjawab sebagai seorang guru praktikum di sana. Membuat persiapan bagi anak-anak murid tersayang.

Mengimbau kembali kenangan alam persekolahan, rindu rasa nak bersekolah semula. Tapi, rezeki ALLAH itu luas. DIA kurniakan CS nikmat berada di alam persekolahan bukan sebagai seorang pelajar, tetapi sebagai seorang pendidik iaitu guru. Tugas guru itu amatlah mulia.

Dahulu, masa CS di sekolah. CS memang nakal. Tak mahu menyiapkan kerja sekolah, ulangkaji pun ikut mood, main-main dan tidur masa cikgu mengajar. Sekarang, bila dah jadi guru, baru CS tahu apa perasaannya. Sebagai guru, kita memang menginginkanyang terbaik untuk anak-anak murid kita. CS sendiri, berjaga lewat malam demi menyediakan latihan dan nota untuk mereka. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, tapi itulah hakikatnya.

Tugas sebagai seorang guru ini sangatlah berat kerana kita mengawal manusia. Bukan satu orang mahupun dua orang, tetapi hampir ratusan manusia. Jika tidak mampu, pasti kita akan berputus asa. Ingatlah pelajarku sekalian, guru-guru amat menyayangimu. Jadilah manusia berguna supaya kamu boleh menjadi manfaat kepada orang lain pada masa akan datang.

The most important part, cikgu sentiasa doakan kejayaan anak-anak murid cikgu. Ingatlah ALLAH, nescaya ALLAH akan ingat pada kita dan permudahkan segalanya. Amin

Salam sayang, Cik Shishi.